20090917

I Will Follow You

Salam and Good day :)

Wah wah wah!

Sedar² syamsuladli sudah punyai 15 org followers! Yeay! Trimas kawan². Punya la lama aku tak update bloggie sampai tak tahu pun followers dah beranak. Seingat aku, last time aku bukak bloggie ni cuma ada 5 followers je.

Aite, now since dah beranak, syamsuladli kembali aktif. Bloggie akan dikemaskini sekerap mungkin utk tatapan para pengikut. Aku janji. :)

Akhir kata, Majulah Blog Untuk Negara. (eh?)

Syamsul's back. Alright!

Salam and good day fellow readers :)

OMG, my last post was on 30june09? That's almost 3 eff-ing months of no bebelan for god's sake!

"syamsuladli ko buat ape hah? Ada blog tapi tamau tulis baik takyah ada blog oke!"

Aite, aku sudah sedarkan diri. Kini kembali menjerumuskan diri ke kancah penulisan blog. Syamsul's back. alright! (sebut ala² lagu Backstreet Boys yer).

OK, where to start? Hurm, berbagai events dah berlaku sepanjang tempoh "pertapaan" aku selama 2 bulan lebih ni. Dalam post ni aku citer bulan July je la dulu oke.

July.

Selama 5 hari 4 malam aku berada di Genting Permai View Resort dari 13-17 July. Eh, tolong sket yer, aku bukan pergi merendek or berjudi oke. Aku ke sana atas arahan syarikat untuk menghadiri satu kursus yang dinamakan PRU Essential. Oh, bagi kamu yang masih tidak tahu, aku bekerja sebagai Wealth Planner atau nama ganasnya Ejen Insurans di Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB).

Kursus ni utk rookie agents so that kitorg bole blajar in depth pasal produk Prudential. I had fun lepak kat atas tu selama 5 hari. Jumpa ramai member baru smua dari line yang sama. Ada ejen yang gempak giler, dan ada juga ejen yang tak berapa gempak, tapi still hebat kalau nak banding dgn aku. Overall the course was just okay. Nothing much except for the cute trainers and makanan yang sedap disajikan 6 kali sehari! Oh syamsuladli gemok oke. Trimas Prudential!

We are Prudential!

Yes...bulan July merupakan bulan yang ditunggu² dan fun bagi aku. Bcoz it's my birthdayyyyy! Yeayy! Tanggal 25 July 2009, umur aku meningkat setahun lebih muda (tua?) lagi. Tiada celebration kek bagai this year. Cuma pada malam 24 July, member baik aku iaitu Cik Yum dan Cik Irna ajak gi lepak kat kedai Arab kat Jalan Damai, The Castle. Seriously aku memang lagnsung tak terfikir pasal nak celebrate ke apa. Dipendekkan citer, aku telah di-surprisekan dgn bday muffin daripada mereka. Woohoo..fun fun! It's not much about the muffins, it's the thought that matters. Thank you korang! :)

Bday Muffin yg chomel n cambest! :)

20090630

Conflict

aku dilanda ke-confuse-an.

aku tak pasti sama ada nak turutkan saja kata²nya atau bertindak ikut pilihan sendiri.
aku selalu mendengar ayat "you decide your own future!" tapi kalau decision itu tidak direstui, adakah aku perlu menturuti kata²nya ataupun stick to the choice i've made and go for it?

oh Tuhan tunjukkan aku jalan. amin.

20090530

Mode: Emo

Ouuhhh...! Aku sungguh tiada mood utk menulis sejak kebelakangan ni. Rasa macam benci, menyampah, bengang, semua ada.

Aku punya la excited nak berjumpa kamu, nak meraikan kamu, tapi kamu buat dunno jer. Mesej tak berbalas, calls tak berjawab. Kalau tak mau, CAKAP je lah. Apa susah sangat? Ingatkan kamu dah takde. Tapi tengok ada jugak lagi. Rasa menyesal lak aku beriya² nak kenal kamu.

Sekian. Terima kasih.

20090515

Amaran Merokok

Stop Smoking NOW! (Belakang)


Merokok Lagi Ke? (Hadapan)

Gambar di atas merupakan amaran keras daripada seorang bapa kepada anaknya. Al-kisahnya si anak tertinggal lighter di dashboard keretanya. Si bapa kemudian men-drive kereta tersebut dan ternampak lighter itu. Maka dengan penuh rasa kasih sayang dan kebertanggungjawaban, si bapa meninggalkan nota yang ditulis di atas price tag lighter tersebut dengan ayat berbunyi, "Merokok lagi ke?" dan "Stop smoking now!".

Moral of the story: Jangan tinggalkan lighter merata². Pandu cermat jiwa selamat. :D

20090511

61 and Many More

Senyuuuumm :D

Cerita ni patutnya dah lama aku post dalam bloggie ni. Tapi atas sebab-sebab tertentu (m.a.l.a.s), aku pospon dulu cerita ni. Okay, sekarang dah tak berapa malas sangat so here we go!

Seperti sedia maklum, 24 April merupakan harijadi mak aku. So kami decide untuk celebrate di rumah aunty aku di Taman Kosas, Ampang. Macam biasa bila dah celebrate birthday tu mestilah ada cake nyer. Cake apa ntah namanya ditaja oleh Abg Ngah dan sangatlah sedapnya sampai aku makan 4 slices kot..huhu. Trimas bro!

Cam tak percaya je mak aku dah berusia 61 tahun. Alhamdulillah beliau masih sihat dan kuat untuk membuat kerja² rumah eg: masak, basuh+jemur+lipat baju, etc. Ya Tuhan, panjangkanlah umur mak aku dan berikan dia kesihatan yang secukupnya. Amin!

Mak aku ni sangat cool orangnya. Jarang² aku kena marah dengan dia. Tapi membebel tu...biasa la. Semua mak kuat membebel kot kan. Hee.. :D Mak aku ni cukup minat sinetron² Indonesia. Drama Melayu dia kureng sket..cerita ntah pape katanya (aku fikir, sinetron lagi merapu kot!). Korang sebut je citer apa, almost semua dia layan. Kalau kat rumah ni, pukul 11pm jangan harap la dapat tengok Astro lagi sebab mak dan di-backup oleh kakak aku both nak tengok citer Intan kat Astro Prima. Huhu.

Anyway, mama tengok la cerita-cerita/drama-drama yang mama nak tengok yer. I tak kisah. Sebab saya sayaaaang kamu :D

Happy Mother's Day dear Puan Alina Mustafa :)

20090510

malas

hello readers.

sorry lama gila tak update bloggie. rasa malas teramat sangat eventho byk events dah berlaku yang aku nak cerita dgn korang kat sini.

nanti² je lah yea..hehe

20090504

Insurans

Hello and Salam Sejahtera.

Apa itu INSURANS?

Kebanyakan pemikiran orang kita, dengar saja perkataan INSURANS, Semua lari. Sedangkan pada hakikatnya insurans inilah yang akan membantu kita jika kita berada dalam kesusahan kelak.

Tak percaya? Teruskan membaca...

Kita tidak pernah tahu bila masanya kita akan 'pergi' untuk selama-lamanya. Kita sebagai manusia wajib percaya bahawa mati adalah perkara yang pasti dalam kehidupan kita. Dan apabila 'hari' itu tiba, apa yang akan kita tinggalkan bagi orang yang masih hidup di dunia ini?


Hutang PTPTN?
Hutang Motor?
Hutang Kereta?
Hutang Rumah?
Hutang Kad Kredit?


Dan segala mcm hutang yang kita buat semasa kita hidup.Adakah anda fikir hutang-hutang tersebut akan selesai secara automatik apabila kita sudah tiada nanti?

Jawapannya, TIDAK sama sekali.

Siapakah yang akan menanggung semua beban hutang kita itu? Adakah anda mahu meninggalkannya kepada kedua ibubapa, atau suami/isteri, atau anak-anak anda? Sedangkan kita sepatutnya meninggalkan harta untuk mereka supaya mereka dapat menguruskan kehidupan dengan lebih baik. Tetapi sebaliknya, kita meninggalkan hutang untuk mereka selesaikan. Pernahkan anda bayangkan bagaimana mereka nak bayar hutang-hutang anda itu?


PRUDENTIAL ASSURANCE MALAYSIA BERHAD mempunyai pakej simpanan + lindungan (Saving + Protection) yang terbaik dan menarik untuk anda. Pakej kami sememangnya lengkap dengan Khairat Kematian, Hilang Upaya Kekal (Total Permanent Disability), Penyakit Kritikal, Hilang Upaya disebabkan kemalangan, Meninggal Dunia akibat kemalangan, dan Medical Card bagi membiayai bil-bil hospital anda berkonsepkan Islam (TAKAFUL). Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.prudential.com.my/ atau hubungi saya di 017 - 500 9962.

Ribuan terima kasih diucapkan kerana anda sudi membaca dan diharapkan kita sedar sebelum terlambat. Jauh disudut hati, bukannya keuntungan yang saya cari kerana keuntungan yang saya peroleh itu hanyalah beberapa peratus sahaja. Tetapi atas rasa tanggungjawab sebagai agen insurans membuatkan saya berasa terpanggil untuk menyedarkan anda sahabat-sahabat saya.
Jika anda inginkan penjelasan lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya di nombor yang tertera di bawah:

Syamsul Adli Sharifuddin
B. Acc (IS) (Hons), UUM
Wealth Planner
017 - 500 9962
syamsuladli@prupartner.com.my
soul_playa@hotmail.com


Sekian.

Terima kasih & Salam :)

20090424

No Reply

Hari ini aku cuba untuk menghubungi dia, namun tiada jawapan.
Mesej tidak berbalas, ym pulak offline satu hari. Pelik...biasanya dia akan online ketika berada di office. Dia tak masuk office ke?

Tanya kawan dia, kawan dia tu pun tak tau. Nak tanya officemate, nombor pulak takde. Demm..nyesal tak mintak nombor officemate dia hari tu.

Mana dia pergi? Harap² esok ada respon.

p/s: Meet Uncle Hussain - Pari Pari Bawah Angin

61 years old and still counting


Selamat Hari Jadi diucapkan kepada Puan Alina binti Mustafa.

24 April 2009

Sheit...I'm not good with words so I couldn't really express my feelings towards you dear Mama.

Anyway, di sini saya ingin menyatakan bahawa saya SAYANG mama saya sepenuh hati :)

You're 61 years young with 10 grandchildren and you never looked old. Hope you will enjoy your b'day weekend at Istana Budaya and KLCC Philharmonic Orchestra.

I heart U dear mama =)

20090421

Updates

Hello readers

Lama sudah aku tidak meng-update blog aku ni. Bermacam perkara dah terjadi kebelakangan ni. Ada kawan yang dah dpt gf baru, ada yang dlm proses nak couple, ada yang dah break, ada yang dah grad (woohoo!), ada yang nak abes study, ada yang baru balik dari luar negara, ada yang pindah office, ada yang berhenti kerja, dan ada juga yg frust team kesayangan tak dapat masuk final FA Cup. Pendek kata, bermacam perkara dah berlaku dalam masa yang singkat ni.

Sekarang, hampir sebulan aku tidak bekerja. Dengar cerita, office lama aku dah ramai yang berhenti. Semua tak tahan dgn perangai boss yang macam FCUK! Macam mana la agaknya company tu nak maju kan? Kesian.
Anyway, lets forget that bitter episode of mine. Aku nak cerita benda yang paling best yang aku dah rasa/lalui setakat aku hidup ni. Tanggal 29 Mac 2009 lepas, akhirnya aku berjaya juga mendapatkan apa yang diidamkan setiap mahasiswa universiti baik awam ataupun swasta, segulung ijazah. Setelah 4 tahun aku memerah kepala otak, finally aku dapat gak grad.
Maybe ramai korang yg tak tau, bermacam benda aku tempuh time study dulu. Masa kat UUM dulu aku amek course B. Accounting (Information System) atau dlm bahasa coolnya disebut sbg AIS. Satu course yang agak tough, tapi akan jadi sangat tough kalau langsung tak belajar betul². Sebenarnya, semua course pun mcm tu. Takde satu course pun yang senang melainkan kursus kahwin. Time aku study dulu aku kuat betul main. Yer la kan, awak dah masuk U, mestilah ingat diri ni dah power kan. 1st year aku kat U, aku dah LB (Lulus Bersyarat oke, bukan Lulus Bergaya). Lepas sem 3 pun, result aku still tak elok lagi. Teruk gak la kena basuh dgn boss kat umah ni. Aku takleh lupa yang boss kat umah ni suruh aku berhenti belajar pegi jadi tukang sapu sampah. Pergghh! Ayat tu betul² wake up call utk aku. Orang Jawa kata, "a real smack on the face". Pendekkan citer, Alhamdulillah pointer aku lepas gak akhirnya. Result takdela power mana. Aku managed to get second class lower. Namun aku happy coz aku dapat abeskan gak study aku banding dgn few coursemates aku yang kena tendang U.
Akhir kata, syukur Alhamdulillah kepada Tuhan yang satu, sbb bagi aku grad jugak. Peace!
p/s: trimas kpd kawan² yang meraikan konvokesyen dgn aku aritu. korg mmg rock!
Dewan Muadzam Shah

Boss and Ma'am

20090417

FIFA World Player of The Year 2008





Name: Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro
D.O.B: 5 February 1985
P.O.B: Madeira, Portugal
Clubs: Sporting Lisbon, Manchester United
Position: Winger/Forward


Idolaku. Period.

20090411

Attn: Com.SJ Dudes

to my Com.SJ dudes, ada bran?
1 team @ RM200, max 8 players.
daftar b4 14th April 2009.



SYARAT-SYARAT DAN UNDANG-UNDANG

1. KONSEP DAN FORMAT PERTANDINGAN

1.2. Liga ini dijalankan secara liga di peringkat kumpulan.

1.3. 2 pasukan teratas setiap kumpulan layak ke pusingan kalah mati.

1.4. Hanya juara hingga tempat ke 8 layak memenangi hadiah wang tunai, piala pusingan dan medal.


2. PENDAFTARAN PEMAIN

2.1. Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar pemain seramai 8 orang sahaja. Minimum 5 orang perlu didaftarkan sebelum tarikh perlawanan liga bermula.

2.2. Kejohanan ini terbuka kepada semua warganegara MALAYSIA dan khidmat pemain import TIDAK dibenarkan.

2.3. Pemain yang menyertai liga bolasepak dan futsal anjuran FAM (Liga FAM/Belia/Perdana/Super/FELDA) / FA (Liga Premier) bermula 1 Januari 2008 sehingga 18hb April 2009 LAYAK menyertai liga ini tetapi hanya 3 pemain sahaja dibenarkan dalam satu pasukan.


3. MASA PERLAWANAN

3.1. Masa perlawanan adalah yang ditetapkan oleh FIFA FUTSAL iaitu 5 minit separuh masa (Running Time) dan rehat 1 minit. Perlawanan Separuh Akhir dan Akhir masa perlawanan yang ditetapkan 7 minit separuh masa (Running Time) dan rehat 1 minit.

3.2. Perlawanan liga akan di adakan pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 9.00 pagi.

3.3. Setiap pasukan perlu mematuhi segala jadual yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pertandingan.


4. LOKASI PERLAWANAN

4.1. Lokasi setiap perlawanan akan di adakan di HTO de Futsal Subang Jaya.


5. KESELAMATAN

5.1. Setiap pasukan perlu memastikan pada setiap perlawanan tahap keselamatan adalah di bawah kawalan pasukan anda seperti gangguan dari penyokong pasukan dan pemain.

5.2. Pihak penganjur tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pasukan yang melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan pergaduhan, rusuhan dan huru-hara semasa pertandingan sedang berlangsung.

5.3. Tindakan penyingkiran pasukan dari liga serta denda akan dikenakan jika pasukan berkenaan didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin dan tatatertib.


6. KEBERSIHAN DAN KELENGKAPAN

6.1. Setiap pasukan perlu memastikan sebaik sahaja perlawanan berakhir segala botol minuman, plastik serta kotak dan sampah sarap perlu dimasukkan ke dalam plastik sampah yang dibekalkan kepada pasukan.

6.2. Setiap pasukan juga bertanggungjawab memastikan segala kemudahan serta kelengkapan yang ada tidak dirosakkan.


7. KEROSAKAN

7.1. Setiap pasukan bertanggungjawab untuk memperbaiki mana–mana kerosakan di kawasan perlawanan yang disebabkan oleh perbuatan-perbuatan atau kecuaian pasukan itu sendiri.


8. UNDANG-UNDANG PERLAWANAN

8.1. Undang-undang perlawanan adalah yang disahkan oleh Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) FUTSAL.

8.2. Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD

8.3. Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara rasmi kepada jawatankuasa teknikal pertandingan sehari selepas perlawanan dengan bukti-bukti yang kukuh. Yuran bantahan akan dikenakan sebanyak RM500 tunai.


9. PERHATIAN

9.1. Pihak penganjur berhak meminda atau membatalkan sebarang pendaftaran, perlawanan atau apa sahaja yang difikirkan perlu bagi memastikan liga ini berjalan lancar dan teratur.

9.2. Segala syarat dan undang-undang yang tercatat di atas akan digubal dari masa ke masa demi memastikan tahap penganjuran ini akan lebih profesional.

20090315

Kembali

hello readers

Pertama sekali..beribun maaf kepada kamu semua sebab dah lama giler tak update blog ni. Maybe korang rasa aku ni hangat² je buat blog ni eh. Sebenarnya, satu kejadian sedih telah menimpa connection internet di rumah aku. Connection kat rumah aku out untuk satu jangka masa yang agak lama.

Aku call la Streamyx nyer call-center, dia anta orang dtg umah tukar modem baru. After tukar modem tu syiok la...boleh gak online layan ym fb sumer. Tup², tak sampai satu hari connection rumah aku out lagi! Arghh..tensi! Aku call Streamyx lagi sekali and kali ni diorang cuma boleh ckp yg port area rumah aku rosak. Bila ditanya bila nak baiki, dijawab "Sedang dibaiki".

Lebih menyedihkan, beberapa hari yang lepas, modem baru aku tu OUT terus. Bila on suis, haram tak menyala pape. DAMN!! Malang giler nasib internet rumah aku. Nasib baik PS2 aku masih berfungsi. Boleh gak la melepaskan kebosanan.

Takpe Syamsul Adli...bersabar je lah yea.

20090223

dan penantian bermula

heylo readers :)

Kata orang, penantian satu penyeksaan. Betulkah? Aku fikir mungkin ada betulnya dan mungkin juga ada tak betulnya.

Bagi aku, penantian sememangnya menyeksakan jika kita menanti sahaja tanpa melakukan apa². Sebagai kontra, penantian mungkin satu perkara yang fun jika tatkala sedang menanti, kita melakukan aktiviti yang boleh mengisi waktu penantian kita itu. Demm, apa aku merepek ni? Relax, teruskan membaca.

Sebagai contoh, bayangkan jika kita sedang menunggu girlfriend kita bersiap, kita akan merasa kebosanan yang teramat sangat kalau kita hanya dok menunggu tanpa berbuat apa². Namun, jika kita bermain PSP, atau menonton gusti, atau bersembang dengan makcik jual kuih berdekatan dengan rumah girlfriend anda tentu anda tidak rasa bosan kan? :)

Sebenarnya, pada waktu ini aku sedang menantikan sesuatu. Aku sedang menantikan jawapan daripada MEPS berkenaan dengan permohonan kerja aku. Ya Tuhan, moga Kau murahkan rezeki aku, dapatlah aku capture job ini. Amin! Bagi mengelakkan rasa bosan tahap maksimas, aku cuba mengalihkan perhatian aku daripada memikirkan tentang result interview itu dengan menulis/merepek di blog ini.

Hari Sabtu jam 2.30pm aku tiba di lokasi. Menara Weld, Jalan Raja Chulan, KL. Sesi temuduga dimulakan dengan mengisi borang permohonan. Seterusnya aku diarah menjawab EQ test. Soalan tak banyak cuma ada 5 je. Arahan dgn jelas menyatakan "Please answer as honest as possible", namun aku tidak merasakan yang aku menjawab 100% honest! heheh

Selesai sudah EQ test, satu lagi borang perlu diisi. Kali ini, aku diarah menulis esei. DAMN! Esei?? Ternyata aku langsung tidak prepare apa² utk menulias apa² esei. Soalan diberikan ialah berkenaan isu yang paling mencabar yang mungkin aku hadapi dalam karier dan terangkan apakah planning utk mengatasi isu tersebut serta possible outcome from the actions taken. Aku terkedu. Tergaru² kepala mencari idea untuk digoreng. Aku perlu menulis 2 hingga 3 mukasurat. Celah mana aku nak jawab sampai 3 mukasurat?? Oh yea, masa diberikan adalah 40 minit maksimum. Tatkala aku mula membaca soalan esei, aku tinggal lebih kurang 20 minit. HR representative sudah berulang kali bertanya soalan "Encik Syamsul, awak sudah siap?". Demm..makin aku hilang fokus.

Dengan idea yang tak seberapa, aku merapu sebanyak mungkin. Aku cuba membesarkan tulisan aku dengan harapan memanjang esei aku namun tidak berjaya. Akhirnya aku managed utk menulis 1 page sahaja. Demm...this is not a good start for me :( Selesai sudah mengarang, aku diminta menunggu giliran untuk dipanggil masuk temuduga. Degupan jantung aku hampir sama seperti kuda lumba tengah berlari. Cuak la babe...ni baru 2nd time gua pergi interview.

"Mr Syamsul, please come in", oh yeah! Masa dinantikan sudah tiba. Perasaan nervous bercampur excited menular dalam fikiran aku. Interviewer aku ada 2 orang dan kedua²nya wanita. To cut it short, segalanya berjalan lancar :) Aku merasakan yang diorang suka pada performance aku tadi. Fuhh...badan rasa ringan je lepas habis interview. Cheers! :D

Dan sekarang, penantian pun bermula...

p/s: konvo bulan March! start kumpul $$!

20090221

berTEMU/menDUGA

hello fellow readers :)

Jam di komputer aku menunjukkan pukul 12.46am. dalam masa lebih kurang 14jam lagi aku akan berada di satu sesi temuduga. Yeayy...! Akhirnya tersangkut gak satu interview setelah agak lama aku ber-job hunting. Khamis lalu, aku mendapat satu panggilan dari satu nombor yang tidak dikenali. Pemanggil memperkenalkan diri sebagai Illa mengatakan aku mendapat invitation utk menghadiri sesi interview pada hari Sabtu jam 2.30pm di Menara Weld, Jln Raja Chulan, KL. Dia turut menghantar email menyatakan segala details yg aku perlu tau. Selepas membaca email tersebut, aku tanpa buang masa trus berkata "Yes I'll attend the interview! See you on Saturday". Ya, mmg jauh daripada Subang Jaya namun aku fikir it's just an interview. So kenapa aku perlu menolak kan? Orang dah bagi peluang kenapa nak sia-siakan? Lagipun, aku fikir dah lama asyik makan free je kat rumah ni. Minyak kereta pun bapak yg isikan. Cukup sudah aku membebani kedua orang tua aku. Sampai bila aku nak jadi parasit kat rumah ni kan?

Posisi yg ditawarkan ialah Pegawai Kewangan Korporat. Bunyi mcm gempak tapi aku tak tahulah kerjanya nnt mcm mana. Ehh..aku ckp ni mcm dah confirm dapat je lak. Relax Syamsul Adli, attend interview dulu baru boleh berangan. Tapi, tidak salah utk kita berangan kan? Think BIG! :D

Seperti para interviewee yg lain, semestinya aku mengharap utk dapat sapu job ni. Harap² dapat lah yea. AMIN!

Cukup takat ni bebelan aku. Aku perlu get ready segala dokumen yg diperlukan. Till then...bye²!=)

p/s: Kepala pening hisap shisha bercampur aduk!

20090218

lain plan lain jadi

heylo pembaca setia :)

apa yg aku plan arini tak menjadi tapi plan lain pulak yg jalan. yer..tajuk di atas cukup utk menyatakan apa yg berlaku arini.

asalnya, aku rancang utk menyambung tugas menjadi flyer distributor lagi. bangun seawal 9.40am hanya utk menyapu laman di luar gate rumah sambil mendengar bebelan bapaku adalah perkara terakhir aku mintak dlm dunia ni. demm...sumpah aku menyampah gila babas bila dgr beliau berkata-kata. dah tua cmtu pun xreti nak ckp benda elok². buat malu aku kat jiran sekeliling je. ahh..xpe, LUPAKAN! masuk telinga kiri kuar kanan. sok dier marah lagi aku tahan je la. settle menyapu, aku mula mengecop flyers yg bakal diedarkan. again, another 500 copies more to be distributed. byk giler kot since aku sorg je yg kena cop n edarkan benda alah ni. lenguh gak arr tangan dok main chop. xpe...bak kata Jay, pelan² kayuh.

pendekkan citer, bila aku dah set and ready to go, aku dpt msg dari Aizu ajak lepak kat Shah Alam dgn activity biasa ktorg, Main Kad. dpt je msg tu aku terus cancel plan distributing aku coz main kad lagi FUN! ahaha :D pemain² casino royale kali ni terdiri dari Aizu, Yum², Fais Auff and Putri. mmg sah fun coz we end up main 4 jenis games which were:
  • cong tai tee aka royal
  • declare
  • monyet
  • bluff
sepanjang game declare, aku TAK KALAH langsung! woohoo! arini luck betul² amek side aku and kesian aizu coz langsung tak menang :D tapi dia power lak bila main game bluff. so automatically we call him the King of Bluff! kuat nipu budak ni...demm.

siang berganti malam, aku punya plan yg lain. aku pegi Business Opportunity Plan kat D'sara. mmg cool lah speaker mlm tu. aku salute abess dgn keazaman, semangant dan keinginan beliau utk bangkit (bukan design label tu yer..) dari kejatuhan dan dugaan yg melanda beliau. beliau tak lain dan tak bukan adalah bapa kepada kawan aku, Mr Syed Zain. org tua ni cool gila..serious! kenapa lah org tua aku tidak berfikiran seperti beliau?

p/s: aku mesti rebut peluang ini!

20090216

Letih & Penat

PENAT!


itulah ungkapan yg paling sesuai utk menjelaskan hari ini. aku dapat job yg tak pernah aku terfikir akan aku buat sebelum ni. utk julung² kalinya aku menjadi pengedar flyers atau flyers distributor. aku dpt offer job ni dari kakak aku. memandangkan dia mahu membayar aku 2x ganda daripada bro india penghantar suratkhabar, aku terus setuju! (bro india penghantar suratkhabar demand 5sen bagi sehelai flyer) jumlah flyers yg diberi kat aku tak banyak...just 500 helai je.

aku mulakan duty jam 3pm. yer, korg mesti ckp aku gila buat keje ni tghari buta. tapi apakan daya, game ManUtd malam semalam berlarutan smpai 3am & aku tido pun around 4am. so celah mana aku nak buat keje ni awal² pagi kan.


berbekalkan sebotol air mineral, aku jalan. pergghh..letih gila wa ckp lu. tapi disebabkan keadaan ekonomi poket aku semakin meruncing, aku tabahkan juga meredah panas terik. utk arini aku just buat area USJ5. aku takde masalah sgt buat keje ni, tapi perkara yg paling aku BENCI sekali bila rumah tu ada anjing! p**i tul la anjing² tu. mcm tak pernah tgk orang! nmpk je aku dtg dekat sket dgn gate rumah tuannya, dier mnyalak mcm anjing gila. if kena ikat tu aku xkisah la...tapi yg takde berikat tu yg aku jemm. nampak je aku dtg dekat dgn gate, terus lari dari dlm umah ke gate mcm nak terkam aku. shit! mmg auff btul la para anjing USJ5 ni. demm!

sedar tak sedar, flyers kat tangan aku dah abes. tgk jam baru kul 430pm. pro gak aku as for a first timer buat keje ni..heheh. tapi letih arr dude :(


settle keje, aku trus balik rumah. get ready nak gi main futsal lak. mana tak letih badan aku!!

p/s: esok aku buat lagi kot keje ni. saya mesti bersedia!!


feeling the squeeze? Al-Rajhi is here to unsqueeze you

20090212

First Timer!

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera

woohoo...!!

finally, Syamsul Adli Sharifuddin a.k.a Soul berjaya juga membuka/membina/membuat blognya! jgn la gelak...aku tau la ramai org lain dah lama start blogging. it's okay, there's always first time for everything kan. trimas kpd rakan² yg secara langsung or tak langsung yg telah membantu aku utk berkecimpung dlm arena blogging ni. byk lagi kena blaja ni as i feel so very noob (google it!) rite now.

actually dah lama dah nak start blogging but i just couldn't find the time for it. aku fikir dari 2 tahun kot nak start tapi ada je benda yg menghalang. yer lah before ni sibok dgn study la, main game la, basuh kereta la, basuh lantai luar umah la, pastu sibok dgn practical la pulak. now that everything dah clear and settle and i'm currently jobless, so boleh la start menulis (menaip?) blog :)

ouh yea, aku baru balik dari Darus dgn aizu n yum². cewek ni tiba² lapar time malam buta ni ajak ktorg gi mamam. and the best thing is, yum² belanja aku milo ais! yeah, trimas yum²! akan ku belanja kembali mereka yg pernah membelanja aku sebelum ini once aku dah dapat gaji bile bekerja nanti yer. bile tu tunggu je lah..keje pun blom dapat lagi. cheers! :D

aite..cukup la dulu takat ni. 1st post kot. xyah la nak bebel byk². beribun chances lagi nak bebel pasni. till then...bubye~!

end