20090511

61 and Many More

Senyuuuumm :D

Cerita ni patutnya dah lama aku post dalam bloggie ni. Tapi atas sebab-sebab tertentu (m.a.l.a.s), aku pospon dulu cerita ni. Okay, sekarang dah tak berapa malas sangat so here we go!

Seperti sedia maklum, 24 April merupakan harijadi mak aku. So kami decide untuk celebrate di rumah aunty aku di Taman Kosas, Ampang. Macam biasa bila dah celebrate birthday tu mestilah ada cake nyer. Cake apa ntah namanya ditaja oleh Abg Ngah dan sangatlah sedapnya sampai aku makan 4 slices kot..huhu. Trimas bro!

Cam tak percaya je mak aku dah berusia 61 tahun. Alhamdulillah beliau masih sihat dan kuat untuk membuat kerja² rumah eg: masak, basuh+jemur+lipat baju, etc. Ya Tuhan, panjangkanlah umur mak aku dan berikan dia kesihatan yang secukupnya. Amin!

Mak aku ni sangat cool orangnya. Jarang² aku kena marah dengan dia. Tapi membebel tu...biasa la. Semua mak kuat membebel kot kan. Hee.. :D Mak aku ni cukup minat sinetron² Indonesia. Drama Melayu dia kureng sket..cerita ntah pape katanya (aku fikir, sinetron lagi merapu kot!). Korang sebut je citer apa, almost semua dia layan. Kalau kat rumah ni, pukul 11pm jangan harap la dapat tengok Astro lagi sebab mak dan di-backup oleh kakak aku both nak tengok citer Intan kat Astro Prima. Huhu.

Anyway, mama tengok la cerita-cerita/drama-drama yang mama nak tengok yer. I tak kisah. Sebab saya sayaaaang kamu :D

Happy Mother's Day dear Puan Alina Mustafa :)

3 comments:

irna said...

happy birthday ibu mertua ku yang tak sempat menjadi ;P

Fais Azlan said...

Best nyer Kek tue! :D

Johan said...

How come I wasn't Invited.. Haha.. lol