20090411

Attn: Com.SJ Dudes

to my Com.SJ dudes, ada bran?
1 team @ RM200, max 8 players.
daftar b4 14th April 2009.



SYARAT-SYARAT DAN UNDANG-UNDANG

1. KONSEP DAN FORMAT PERTANDINGAN

1.2. Liga ini dijalankan secara liga di peringkat kumpulan.

1.3. 2 pasukan teratas setiap kumpulan layak ke pusingan kalah mati.

1.4. Hanya juara hingga tempat ke 8 layak memenangi hadiah wang tunai, piala pusingan dan medal.


2. PENDAFTARAN PEMAIN

2.1. Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar pemain seramai 8 orang sahaja. Minimum 5 orang perlu didaftarkan sebelum tarikh perlawanan liga bermula.

2.2. Kejohanan ini terbuka kepada semua warganegara MALAYSIA dan khidmat pemain import TIDAK dibenarkan.

2.3. Pemain yang menyertai liga bolasepak dan futsal anjuran FAM (Liga FAM/Belia/Perdana/Super/FELDA) / FA (Liga Premier) bermula 1 Januari 2008 sehingga 18hb April 2009 LAYAK menyertai liga ini tetapi hanya 3 pemain sahaja dibenarkan dalam satu pasukan.


3. MASA PERLAWANAN

3.1. Masa perlawanan adalah yang ditetapkan oleh FIFA FUTSAL iaitu 5 minit separuh masa (Running Time) dan rehat 1 minit. Perlawanan Separuh Akhir dan Akhir masa perlawanan yang ditetapkan 7 minit separuh masa (Running Time) dan rehat 1 minit.

3.2. Perlawanan liga akan di adakan pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 9.00 pagi.

3.3. Setiap pasukan perlu mematuhi segala jadual yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pertandingan.


4. LOKASI PERLAWANAN

4.1. Lokasi setiap perlawanan akan di adakan di HTO de Futsal Subang Jaya.


5. KESELAMATAN

5.1. Setiap pasukan perlu memastikan pada setiap perlawanan tahap keselamatan adalah di bawah kawalan pasukan anda seperti gangguan dari penyokong pasukan dan pemain.

5.2. Pihak penganjur tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pasukan yang melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan pergaduhan, rusuhan dan huru-hara semasa pertandingan sedang berlangsung.

5.3. Tindakan penyingkiran pasukan dari liga serta denda akan dikenakan jika pasukan berkenaan didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin dan tatatertib.


6. KEBERSIHAN DAN KELENGKAPAN

6.1. Setiap pasukan perlu memastikan sebaik sahaja perlawanan berakhir segala botol minuman, plastik serta kotak dan sampah sarap perlu dimasukkan ke dalam plastik sampah yang dibekalkan kepada pasukan.

6.2. Setiap pasukan juga bertanggungjawab memastikan segala kemudahan serta kelengkapan yang ada tidak dirosakkan.


7. KEROSAKAN

7.1. Setiap pasukan bertanggungjawab untuk memperbaiki mana–mana kerosakan di kawasan perlawanan yang disebabkan oleh perbuatan-perbuatan atau kecuaian pasukan itu sendiri.


8. UNDANG-UNDANG PERLAWANAN

8.1. Undang-undang perlawanan adalah yang disahkan oleh Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) FUTSAL.

8.2. Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD

8.3. Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara rasmi kepada jawatankuasa teknikal pertandingan sehari selepas perlawanan dengan bukti-bukti yang kukuh. Yuran bantahan akan dikenakan sebanyak RM500 tunai.


9. PERHATIAN

9.1. Pihak penganjur berhak meminda atau membatalkan sebarang pendaftaran, perlawanan atau apa sahaja yang difikirkan perlu bagi memastikan liga ini berjalan lancar dan teratur.

9.2. Segala syarat dan undang-undang yang tercatat di atas akan digubal dari masa ke masa demi memastikan tahap penganjuran ini akan lebih profesional.

No comments: