20090421

Updates

Hello readers

Lama sudah aku tidak meng-update blog aku ni. Bermacam perkara dah terjadi kebelakangan ni. Ada kawan yang dah dpt gf baru, ada yang dlm proses nak couple, ada yang dah break, ada yang dah grad (woohoo!), ada yang nak abes study, ada yang baru balik dari luar negara, ada yang pindah office, ada yang berhenti kerja, dan ada juga yg frust team kesayangan tak dapat masuk final FA Cup. Pendek kata, bermacam perkara dah berlaku dalam masa yang singkat ni.

Sekarang, hampir sebulan aku tidak bekerja. Dengar cerita, office lama aku dah ramai yang berhenti. Semua tak tahan dgn perangai boss yang macam FCUK! Macam mana la agaknya company tu nak maju kan? Kesian.
Anyway, lets forget that bitter episode of mine. Aku nak cerita benda yang paling best yang aku dah rasa/lalui setakat aku hidup ni. Tanggal 29 Mac 2009 lepas, akhirnya aku berjaya juga mendapatkan apa yang diidamkan setiap mahasiswa universiti baik awam ataupun swasta, segulung ijazah. Setelah 4 tahun aku memerah kepala otak, finally aku dapat gak grad.
Maybe ramai korang yg tak tau, bermacam benda aku tempuh time study dulu. Masa kat UUM dulu aku amek course B. Accounting (Information System) atau dlm bahasa coolnya disebut sbg AIS. Satu course yang agak tough, tapi akan jadi sangat tough kalau langsung tak belajar betul². Sebenarnya, semua course pun mcm tu. Takde satu course pun yang senang melainkan kursus kahwin. Time aku study dulu aku kuat betul main. Yer la kan, awak dah masuk U, mestilah ingat diri ni dah power kan. 1st year aku kat U, aku dah LB (Lulus Bersyarat oke, bukan Lulus Bergaya). Lepas sem 3 pun, result aku still tak elok lagi. Teruk gak la kena basuh dgn boss kat umah ni. Aku takleh lupa yang boss kat umah ni suruh aku berhenti belajar pegi jadi tukang sapu sampah. Pergghh! Ayat tu betul² wake up call utk aku. Orang Jawa kata, "a real smack on the face". Pendekkan citer, Alhamdulillah pointer aku lepas gak akhirnya. Result takdela power mana. Aku managed to get second class lower. Namun aku happy coz aku dapat abeskan gak study aku banding dgn few coursemates aku yang kena tendang U.
Akhir kata, syukur Alhamdulillah kepada Tuhan yang satu, sbb bagi aku grad jugak. Peace!
p/s: trimas kpd kawan² yang meraikan konvokesyen dgn aku aritu. korg mmg rock!
Dewan Muadzam Shah

Boss and Ma'am

2 comments:

Putri Ramlan said...

yeayyy! soul akhirnya hapdet blog. and cograts babe for earning the ijazah! :D

FaReEz said...

wah wah wah...:P