20090223

dan penantian bermula

heylo readers :)

Kata orang, penantian satu penyeksaan. Betulkah? Aku fikir mungkin ada betulnya dan mungkin juga ada tak betulnya.

Bagi aku, penantian sememangnya menyeksakan jika kita menanti sahaja tanpa melakukan apa². Sebagai kontra, penantian mungkin satu perkara yang fun jika tatkala sedang menanti, kita melakukan aktiviti yang boleh mengisi waktu penantian kita itu. Demm, apa aku merepek ni? Relax, teruskan membaca.

Sebagai contoh, bayangkan jika kita sedang menunggu girlfriend kita bersiap, kita akan merasa kebosanan yang teramat sangat kalau kita hanya dok menunggu tanpa berbuat apa². Namun, jika kita bermain PSP, atau menonton gusti, atau bersembang dengan makcik jual kuih berdekatan dengan rumah girlfriend anda tentu anda tidak rasa bosan kan? :)

Sebenarnya, pada waktu ini aku sedang menantikan sesuatu. Aku sedang menantikan jawapan daripada MEPS berkenaan dengan permohonan kerja aku. Ya Tuhan, moga Kau murahkan rezeki aku, dapatlah aku capture job ini. Amin! Bagi mengelakkan rasa bosan tahap maksimas, aku cuba mengalihkan perhatian aku daripada memikirkan tentang result interview itu dengan menulis/merepek di blog ini.

Hari Sabtu jam 2.30pm aku tiba di lokasi. Menara Weld, Jalan Raja Chulan, KL. Sesi temuduga dimulakan dengan mengisi borang permohonan. Seterusnya aku diarah menjawab EQ test. Soalan tak banyak cuma ada 5 je. Arahan dgn jelas menyatakan "Please answer as honest as possible", namun aku tidak merasakan yang aku menjawab 100% honest! heheh

Selesai sudah EQ test, satu lagi borang perlu diisi. Kali ini, aku diarah menulis esei. DAMN! Esei?? Ternyata aku langsung tidak prepare apa² utk menulias apa² esei. Soalan diberikan ialah berkenaan isu yang paling mencabar yang mungkin aku hadapi dalam karier dan terangkan apakah planning utk mengatasi isu tersebut serta possible outcome from the actions taken. Aku terkedu. Tergaru² kepala mencari idea untuk digoreng. Aku perlu menulis 2 hingga 3 mukasurat. Celah mana aku nak jawab sampai 3 mukasurat?? Oh yea, masa diberikan adalah 40 minit maksimum. Tatkala aku mula membaca soalan esei, aku tinggal lebih kurang 20 minit. HR representative sudah berulang kali bertanya soalan "Encik Syamsul, awak sudah siap?". Demm..makin aku hilang fokus.

Dengan idea yang tak seberapa, aku merapu sebanyak mungkin. Aku cuba membesarkan tulisan aku dengan harapan memanjang esei aku namun tidak berjaya. Akhirnya aku managed utk menulis 1 page sahaja. Demm...this is not a good start for me :( Selesai sudah mengarang, aku diminta menunggu giliran untuk dipanggil masuk temuduga. Degupan jantung aku hampir sama seperti kuda lumba tengah berlari. Cuak la babe...ni baru 2nd time gua pergi interview.

"Mr Syamsul, please come in", oh yeah! Masa dinantikan sudah tiba. Perasaan nervous bercampur excited menular dalam fikiran aku. Interviewer aku ada 2 orang dan kedua²nya wanita. To cut it short, segalanya berjalan lancar :) Aku merasakan yang diorang suka pada performance aku tadi. Fuhh...badan rasa ringan je lepas habis interview. Cheers! :D

Dan sekarang, penantian pun bermula...

p/s: konvo bulan March! start kumpul $$!

20090221

berTEMU/menDUGA

hello fellow readers :)

Jam di komputer aku menunjukkan pukul 12.46am. dalam masa lebih kurang 14jam lagi aku akan berada di satu sesi temuduga. Yeayy...! Akhirnya tersangkut gak satu interview setelah agak lama aku ber-job hunting. Khamis lalu, aku mendapat satu panggilan dari satu nombor yang tidak dikenali. Pemanggil memperkenalkan diri sebagai Illa mengatakan aku mendapat invitation utk menghadiri sesi interview pada hari Sabtu jam 2.30pm di Menara Weld, Jln Raja Chulan, KL. Dia turut menghantar email menyatakan segala details yg aku perlu tau. Selepas membaca email tersebut, aku tanpa buang masa trus berkata "Yes I'll attend the interview! See you on Saturday". Ya, mmg jauh daripada Subang Jaya namun aku fikir it's just an interview. So kenapa aku perlu menolak kan? Orang dah bagi peluang kenapa nak sia-siakan? Lagipun, aku fikir dah lama asyik makan free je kat rumah ni. Minyak kereta pun bapak yg isikan. Cukup sudah aku membebani kedua orang tua aku. Sampai bila aku nak jadi parasit kat rumah ni kan?

Posisi yg ditawarkan ialah Pegawai Kewangan Korporat. Bunyi mcm gempak tapi aku tak tahulah kerjanya nnt mcm mana. Ehh..aku ckp ni mcm dah confirm dapat je lak. Relax Syamsul Adli, attend interview dulu baru boleh berangan. Tapi, tidak salah utk kita berangan kan? Think BIG! :D

Seperti para interviewee yg lain, semestinya aku mengharap utk dapat sapu job ni. Harap² dapat lah yea. AMIN!

Cukup takat ni bebelan aku. Aku perlu get ready segala dokumen yg diperlukan. Till then...bye²!=)

p/s: Kepala pening hisap shisha bercampur aduk!

20090218

lain plan lain jadi

heylo pembaca setia :)

apa yg aku plan arini tak menjadi tapi plan lain pulak yg jalan. yer..tajuk di atas cukup utk menyatakan apa yg berlaku arini.

asalnya, aku rancang utk menyambung tugas menjadi flyer distributor lagi. bangun seawal 9.40am hanya utk menyapu laman di luar gate rumah sambil mendengar bebelan bapaku adalah perkara terakhir aku mintak dlm dunia ni. demm...sumpah aku menyampah gila babas bila dgr beliau berkata-kata. dah tua cmtu pun xreti nak ckp benda elok². buat malu aku kat jiran sekeliling je. ahh..xpe, LUPAKAN! masuk telinga kiri kuar kanan. sok dier marah lagi aku tahan je la. settle menyapu, aku mula mengecop flyers yg bakal diedarkan. again, another 500 copies more to be distributed. byk giler kot since aku sorg je yg kena cop n edarkan benda alah ni. lenguh gak arr tangan dok main chop. xpe...bak kata Jay, pelan² kayuh.

pendekkan citer, bila aku dah set and ready to go, aku dpt msg dari Aizu ajak lepak kat Shah Alam dgn activity biasa ktorg, Main Kad. dpt je msg tu aku terus cancel plan distributing aku coz main kad lagi FUN! ahaha :D pemain² casino royale kali ni terdiri dari Aizu, Yum², Fais Auff and Putri. mmg sah fun coz we end up main 4 jenis games which were:
  • cong tai tee aka royal
  • declare
  • monyet
  • bluff
sepanjang game declare, aku TAK KALAH langsung! woohoo! arini luck betul² amek side aku and kesian aizu coz langsung tak menang :D tapi dia power lak bila main game bluff. so automatically we call him the King of Bluff! kuat nipu budak ni...demm.

siang berganti malam, aku punya plan yg lain. aku pegi Business Opportunity Plan kat D'sara. mmg cool lah speaker mlm tu. aku salute abess dgn keazaman, semangant dan keinginan beliau utk bangkit (bukan design label tu yer..) dari kejatuhan dan dugaan yg melanda beliau. beliau tak lain dan tak bukan adalah bapa kepada kawan aku, Mr Syed Zain. org tua ni cool gila..serious! kenapa lah org tua aku tidak berfikiran seperti beliau?

p/s: aku mesti rebut peluang ini!

20090216

Letih & Penat

PENAT!


itulah ungkapan yg paling sesuai utk menjelaskan hari ini. aku dapat job yg tak pernah aku terfikir akan aku buat sebelum ni. utk julung² kalinya aku menjadi pengedar flyers atau flyers distributor. aku dpt offer job ni dari kakak aku. memandangkan dia mahu membayar aku 2x ganda daripada bro india penghantar suratkhabar, aku terus setuju! (bro india penghantar suratkhabar demand 5sen bagi sehelai flyer) jumlah flyers yg diberi kat aku tak banyak...just 500 helai je.

aku mulakan duty jam 3pm. yer, korg mesti ckp aku gila buat keje ni tghari buta. tapi apakan daya, game ManUtd malam semalam berlarutan smpai 3am & aku tido pun around 4am. so celah mana aku nak buat keje ni awal² pagi kan.


berbekalkan sebotol air mineral, aku jalan. pergghh..letih gila wa ckp lu. tapi disebabkan keadaan ekonomi poket aku semakin meruncing, aku tabahkan juga meredah panas terik. utk arini aku just buat area USJ5. aku takde masalah sgt buat keje ni, tapi perkara yg paling aku BENCI sekali bila rumah tu ada anjing! p**i tul la anjing² tu. mcm tak pernah tgk orang! nmpk je aku dtg dekat sket dgn gate rumah tuannya, dier mnyalak mcm anjing gila. if kena ikat tu aku xkisah la...tapi yg takde berikat tu yg aku jemm. nampak je aku dtg dekat dgn gate, terus lari dari dlm umah ke gate mcm nak terkam aku. shit! mmg auff btul la para anjing USJ5 ni. demm!

sedar tak sedar, flyers kat tangan aku dah abes. tgk jam baru kul 430pm. pro gak aku as for a first timer buat keje ni..heheh. tapi letih arr dude :(


settle keje, aku trus balik rumah. get ready nak gi main futsal lak. mana tak letih badan aku!!

p/s: esok aku buat lagi kot keje ni. saya mesti bersedia!!


feeling the squeeze? Al-Rajhi is here to unsqueeze you

20090212

First Timer!

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera

woohoo...!!

finally, Syamsul Adli Sharifuddin a.k.a Soul berjaya juga membuka/membina/membuat blognya! jgn la gelak...aku tau la ramai org lain dah lama start blogging. it's okay, there's always first time for everything kan. trimas kpd rakan² yg secara langsung or tak langsung yg telah membantu aku utk berkecimpung dlm arena blogging ni. byk lagi kena blaja ni as i feel so very noob (google it!) rite now.

actually dah lama dah nak start blogging but i just couldn't find the time for it. aku fikir dari 2 tahun kot nak start tapi ada je benda yg menghalang. yer lah before ni sibok dgn study la, main game la, basuh kereta la, basuh lantai luar umah la, pastu sibok dgn practical la pulak. now that everything dah clear and settle and i'm currently jobless, so boleh la start menulis (menaip?) blog :)

ouh yea, aku baru balik dari Darus dgn aizu n yum². cewek ni tiba² lapar time malam buta ni ajak ktorg gi mamam. and the best thing is, yum² belanja aku milo ais! yeah, trimas yum²! akan ku belanja kembali mereka yg pernah membelanja aku sebelum ini once aku dah dapat gaji bile bekerja nanti yer. bile tu tunggu je lah..keje pun blom dapat lagi. cheers! :D

aite..cukup la dulu takat ni. 1st post kot. xyah la nak bebel byk². beribun chances lagi nak bebel pasni. till then...bubye~!

end