20090223

dan penantian bermula

heylo readers :)

Kata orang, penantian satu penyeksaan. Betulkah? Aku fikir mungkin ada betulnya dan mungkin juga ada tak betulnya.

Bagi aku, penantian sememangnya menyeksakan jika kita menanti sahaja tanpa melakukan apa². Sebagai kontra, penantian mungkin satu perkara yang fun jika tatkala sedang menanti, kita melakukan aktiviti yang boleh mengisi waktu penantian kita itu. Demm, apa aku merepek ni? Relax, teruskan membaca.

Sebagai contoh, bayangkan jika kita sedang menunggu girlfriend kita bersiap, kita akan merasa kebosanan yang teramat sangat kalau kita hanya dok menunggu tanpa berbuat apa². Namun, jika kita bermain PSP, atau menonton gusti, atau bersembang dengan makcik jual kuih berdekatan dengan rumah girlfriend anda tentu anda tidak rasa bosan kan? :)

Sebenarnya, pada waktu ini aku sedang menantikan sesuatu. Aku sedang menantikan jawapan daripada MEPS berkenaan dengan permohonan kerja aku. Ya Tuhan, moga Kau murahkan rezeki aku, dapatlah aku capture job ini. Amin! Bagi mengelakkan rasa bosan tahap maksimas, aku cuba mengalihkan perhatian aku daripada memikirkan tentang result interview itu dengan menulis/merepek di blog ini.

Hari Sabtu jam 2.30pm aku tiba di lokasi. Menara Weld, Jalan Raja Chulan, KL. Sesi temuduga dimulakan dengan mengisi borang permohonan. Seterusnya aku diarah menjawab EQ test. Soalan tak banyak cuma ada 5 je. Arahan dgn jelas menyatakan "Please answer as honest as possible", namun aku tidak merasakan yang aku menjawab 100% honest! heheh

Selesai sudah EQ test, satu lagi borang perlu diisi. Kali ini, aku diarah menulis esei. DAMN! Esei?? Ternyata aku langsung tidak prepare apa² utk menulias apa² esei. Soalan diberikan ialah berkenaan isu yang paling mencabar yang mungkin aku hadapi dalam karier dan terangkan apakah planning utk mengatasi isu tersebut serta possible outcome from the actions taken. Aku terkedu. Tergaru² kepala mencari idea untuk digoreng. Aku perlu menulis 2 hingga 3 mukasurat. Celah mana aku nak jawab sampai 3 mukasurat?? Oh yea, masa diberikan adalah 40 minit maksimum. Tatkala aku mula membaca soalan esei, aku tinggal lebih kurang 20 minit. HR representative sudah berulang kali bertanya soalan "Encik Syamsul, awak sudah siap?". Demm..makin aku hilang fokus.

Dengan idea yang tak seberapa, aku merapu sebanyak mungkin. Aku cuba membesarkan tulisan aku dengan harapan memanjang esei aku namun tidak berjaya. Akhirnya aku managed utk menulis 1 page sahaja. Demm...this is not a good start for me :( Selesai sudah mengarang, aku diminta menunggu giliran untuk dipanggil masuk temuduga. Degupan jantung aku hampir sama seperti kuda lumba tengah berlari. Cuak la babe...ni baru 2nd time gua pergi interview.

"Mr Syamsul, please come in", oh yeah! Masa dinantikan sudah tiba. Perasaan nervous bercampur excited menular dalam fikiran aku. Interviewer aku ada 2 orang dan kedua²nya wanita. To cut it short, segalanya berjalan lancar :) Aku merasakan yang diorang suka pada performance aku tadi. Fuhh...badan rasa ringan je lepas habis interview. Cheers! :D

Dan sekarang, penantian pun bermula...

p/s: konvo bulan March! start kumpul $$!

4 comments:

Putri Ramlan said...

penulisan semakin improve. all the best! :)

Syamsul Adli said...

trimas!
sipetinyanyi byk membantu kot :P

NurMuhammad said...

nak buat dut tak bro? klik blog aku ni: http;//adzha.blogspot.com macam2 cara ada...tp paling mudah, thru mudah2u la...

NurMuhammad said...

blog address aku: http://adzha.blogspot.com