20090530

Mode: Emo

Ouuhhh...! Aku sungguh tiada mood utk menulis sejak kebelakangan ni. Rasa macam benci, menyampah, bengang, semua ada.

Aku punya la excited nak berjumpa kamu, nak meraikan kamu, tapi kamu buat dunno jer. Mesej tak berbalas, calls tak berjawab. Kalau tak mau, CAKAP je lah. Apa susah sangat? Ingatkan kamu dah takde. Tapi tengok ada jugak lagi. Rasa menyesal lak aku beriya² nak kenal kamu.

Sekian. Terima kasih.

20090515

Amaran Merokok

Stop Smoking NOW! (Belakang)


Merokok Lagi Ke? (Hadapan)

Gambar di atas merupakan amaran keras daripada seorang bapa kepada anaknya. Al-kisahnya si anak tertinggal lighter di dashboard keretanya. Si bapa kemudian men-drive kereta tersebut dan ternampak lighter itu. Maka dengan penuh rasa kasih sayang dan kebertanggungjawaban, si bapa meninggalkan nota yang ditulis di atas price tag lighter tersebut dengan ayat berbunyi, "Merokok lagi ke?" dan "Stop smoking now!".

Moral of the story: Jangan tinggalkan lighter merata². Pandu cermat jiwa selamat. :D

20090511

61 and Many More

Senyuuuumm :D

Cerita ni patutnya dah lama aku post dalam bloggie ni. Tapi atas sebab-sebab tertentu (m.a.l.a.s), aku pospon dulu cerita ni. Okay, sekarang dah tak berapa malas sangat so here we go!

Seperti sedia maklum, 24 April merupakan harijadi mak aku. So kami decide untuk celebrate di rumah aunty aku di Taman Kosas, Ampang. Macam biasa bila dah celebrate birthday tu mestilah ada cake nyer. Cake apa ntah namanya ditaja oleh Abg Ngah dan sangatlah sedapnya sampai aku makan 4 slices kot..huhu. Trimas bro!

Cam tak percaya je mak aku dah berusia 61 tahun. Alhamdulillah beliau masih sihat dan kuat untuk membuat kerja² rumah eg: masak, basuh+jemur+lipat baju, etc. Ya Tuhan, panjangkanlah umur mak aku dan berikan dia kesihatan yang secukupnya. Amin!

Mak aku ni sangat cool orangnya. Jarang² aku kena marah dengan dia. Tapi membebel tu...biasa la. Semua mak kuat membebel kot kan. Hee.. :D Mak aku ni cukup minat sinetron² Indonesia. Drama Melayu dia kureng sket..cerita ntah pape katanya (aku fikir, sinetron lagi merapu kot!). Korang sebut je citer apa, almost semua dia layan. Kalau kat rumah ni, pukul 11pm jangan harap la dapat tengok Astro lagi sebab mak dan di-backup oleh kakak aku both nak tengok citer Intan kat Astro Prima. Huhu.

Anyway, mama tengok la cerita-cerita/drama-drama yang mama nak tengok yer. I tak kisah. Sebab saya sayaaaang kamu :D

Happy Mother's Day dear Puan Alina Mustafa :)

20090510

malas

hello readers.

sorry lama gila tak update bloggie. rasa malas teramat sangat eventho byk events dah berlaku yang aku nak cerita dgn korang kat sini.

nanti² je lah yea..hehe

20090504

Insurans

Hello and Salam Sejahtera.

Apa itu INSURANS?

Kebanyakan pemikiran orang kita, dengar saja perkataan INSURANS, Semua lari. Sedangkan pada hakikatnya insurans inilah yang akan membantu kita jika kita berada dalam kesusahan kelak.

Tak percaya? Teruskan membaca...

Kita tidak pernah tahu bila masanya kita akan 'pergi' untuk selama-lamanya. Kita sebagai manusia wajib percaya bahawa mati adalah perkara yang pasti dalam kehidupan kita. Dan apabila 'hari' itu tiba, apa yang akan kita tinggalkan bagi orang yang masih hidup di dunia ini?


Hutang PTPTN?
Hutang Motor?
Hutang Kereta?
Hutang Rumah?
Hutang Kad Kredit?


Dan segala mcm hutang yang kita buat semasa kita hidup.Adakah anda fikir hutang-hutang tersebut akan selesai secara automatik apabila kita sudah tiada nanti?

Jawapannya, TIDAK sama sekali.

Siapakah yang akan menanggung semua beban hutang kita itu? Adakah anda mahu meninggalkannya kepada kedua ibubapa, atau suami/isteri, atau anak-anak anda? Sedangkan kita sepatutnya meninggalkan harta untuk mereka supaya mereka dapat menguruskan kehidupan dengan lebih baik. Tetapi sebaliknya, kita meninggalkan hutang untuk mereka selesaikan. Pernahkan anda bayangkan bagaimana mereka nak bayar hutang-hutang anda itu?


PRUDENTIAL ASSURANCE MALAYSIA BERHAD mempunyai pakej simpanan + lindungan (Saving + Protection) yang terbaik dan menarik untuk anda. Pakej kami sememangnya lengkap dengan Khairat Kematian, Hilang Upaya Kekal (Total Permanent Disability), Penyakit Kritikal, Hilang Upaya disebabkan kemalangan, Meninggal Dunia akibat kemalangan, dan Medical Card bagi membiayai bil-bil hospital anda berkonsepkan Islam (TAKAFUL). Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.prudential.com.my/ atau hubungi saya di 017 - 500 9962.

Ribuan terima kasih diucapkan kerana anda sudi membaca dan diharapkan kita sedar sebelum terlambat. Jauh disudut hati, bukannya keuntungan yang saya cari kerana keuntungan yang saya peroleh itu hanyalah beberapa peratus sahaja. Tetapi atas rasa tanggungjawab sebagai agen insurans membuatkan saya berasa terpanggil untuk menyedarkan anda sahabat-sahabat saya.
Jika anda inginkan penjelasan lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya di nombor yang tertera di bawah:

Syamsul Adli Sharifuddin
B. Acc (IS) (Hons), UUM
Wealth Planner
017 - 500 9962
syamsuladli@prupartner.com.my
soul_playa@hotmail.com


Sekian.

Terima kasih & Salam :)